JK Pengurusan Aktiviti PKG

JAWATAN KUASA PENGURUSAN AKTIVITI 2014 – 2015

PENGERUSI: GURU BESAR SK KALUMPANG
NAIB PENGERUSI: PENGETUA SMK KALUMPANG

SETIAUSAHA:
Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG Kalumpang

PENOLONG SETIAUSAHA:
Pegawai Teknologi Pendidikan 2 PKG Kalumpang

BENDAHARI: Guru Besar SK Lembah Beringin

AHLI JAWATANKUASA:

Latihan dan Penghasilan :
Guru Besar SK Hulu Bernam
Guru Besar SJKT Ladang Kerling

Pembangunan PSS:

Guru Besar SK Kerling
Guru Besar SJKC Kerling

Teknologi Maklumat dan Komunikasi:
Guru Besar SJKC Kalumpang
Guru Besar SJKT Kalumpang

Soasial, Kebajikan dan Tugas-tugas Khas :
Guru Besar SJKT Changkat Asa
Guru Besar SJKT Ladang Escot

Senarai Tugas AJK

1. JK Latiahan dan Penghasilan

Bil Tugas
1 Mengelolakan Mesyuarat AJK Akademik (Panitia) matapelajaran dan kakitangan sumber.
2 Menjalankan kajian keperluan di peringkat sekolah. Menganalisis data kajian / maklumat dan memberi maklumbalas / cadangan.
3 Menganjurkan sesi kursus dan bengkel mengikut keperluan di peringkat PKG / sekolah dari semasa ke semasa. ( Matapelajaran kritikal )
4 Mengenalpasti tenaga pakar bagi setiap bidang dari sekolah / setempat / JPN / Bahagian-bahagian di KPM dan dari agensi-agensi lain untuk mambantu PKG dalam aktiviti perkembangan staf atau sebagai pakar rujuk.
5 Mengumpul data pencapaian peperiksaan awam sekolah-sekolah ahli bagi tujuan rekod, penilaian, kajian dan perancangan PKG.
6 Mewujudkan tabung / bank soalan peperiksaan / penilaian sekolah.
7 Menyediakan contoh-contoh modul pengajaran berasaskan sumber.
8 Menyediakan contoh-contoh program guru-guru ganti / relief / baru / sementara / lama dan lain-lain.
9 Mengelolakan sesi-sesi ulangkaji sistem pengajaran dari semasa ke semasa.
10 Menjalankan projek-projek pertandingan aktiviti kurikulum / ko akademik.
11 Menjalankan projek-projek khas kurikulum seperti penulisan, matematik dsb.
12 Menerbitkan satu penerbitan berupa ” Buletin PKG / Majalah Tahunan PKG “
13 Mendokumentasikan hasil kajian, projek, kursus dan sebagainya yang dijalankan di PKG atau agensi-agensi pendidikan yang lain.
14 Mengumpul koleksi risalah / edaran / makluman yang informatif bagi kegunaan guru.
15 Menganjurkan sesi sumbangsaran / perkongsian ilmu dikalangan guru-guru.

2. JK Pembangunan PSS

Bil Tajuk
1 Membantu melaksanakan projek / program pembangunan PSS yang di rancang oleh BTP/BTPN/PKG
2 Mengadakan program-program promosi PSS / PKG ke sekolah-sekolah dan institusi-institusi kerajaan dan swasta serta orang perseorangan.
3 Mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan amalan pembacaan (NILAM)
–          Khemah membaca
–          Karnival
–          Pameran / Derma buku
–          Edaran bahan bercetak
–          Pencarian Maklumat dsb
4 Mengadakan aktiviti-aktiviti mendapatkan sumber kewangan bagi melengkapkan peralatan PSS / PKG bagi kegunaan ahli.
5 Mengadakan aktiviti khidmat bantu PSS / PKG
6 Merancang dan melaksanakan program meningkatkan penggunaan, perkhidmatan dan pengurusan PSS
–          Pertandingan PSS Cemerlang
–          Lawatan
–          Penambahan koleksi
–          Seminar / Kursus / Bengkel
–          Lawatan Kerja / Klinikal
–          Pameran
–          Minggu PSS dsb
7 Menjilid semua laporan aktiviti PSS pada akhir tahun

3. JK Teknologi Maklumat & Komunikasi

Bil Tugas
1 Merangka cadangan strategi peningkatan penggunaan intergrasi ICT dalam P & P di sekolah
2 Mendapatkan peruntukan / sumbangan komputer melalui peruntukan ADUN,  Ahli Parlimen, dermawan dan sebagainya bagi sekolah / PKG.
3 Merancang dan melaksanakan aktiviti meningkatkan pengetahuan dan kompetensi guru dalam ICT.
4 Membantu mengurus dan menyimpan maklumat sekolah ahli.
5 Menyebar dan mengembangkan budaya dan celik komputer di kalangan guru-guru serta masyarakat setempat.
6 Membantu pelaksanaan aktiviti program pembestarian sekolah.
7 Menganjurkan Pertandingan Makmal Komputer / Pengurusan ICT Cemerlang.
8 Khidmat nasihat kepada sekolah ahli dalam urusan pembelian komputer.
9 Membangun dan mengemaskini laman web / kios PKG / Sekolah Ahli.

4. JK Sosial, Kebajikan dan Tugas-Tugas Khas

Bil Tugas
1 Bertanggungjawab untuk menyediakan program-program yang akan mengeratkan lagi perhubungan di antara sekolah ahli dengan PKG.
2 Merancang lawatan-lawatan kerja / sambil belajar untuk menambahkan ilmu pengetahuan mengenai pengurusan sekolah, PSS dan PKG.
3 Mengadakan aktiviti-aktiviti riadah / sosial untuk guru-guru sekolah ahli PKG.
4 Berusaha mengutip derma dan peruntukan daripada sumber-sumber tertentu bagi menampung tabung kebajikan PKG.
5 Mencari penaja-penaja bagi menampung kos penerbitan sumber P & P.
6 Aktiviti meningkatkan keceriaan PKG.
7 Hal ehwal meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan pengurusan PKG.