Khidmat bantu PSS

Pusat Sumber Sekolah mempunyai hubungan langsung dengan pelaksaan program kurikulum dan kokurikulum di peringkat sekolah. Untuk memastikan PSS dapat digunakan dengan berkesan, bahan cetak dan bahan bukan cetak seharusnya dikatalog dan dikelaskan dengan baik mengikut Sistem Pengelasan Perpuluhan Dewey (DDC). PSS juga perlu diuruskan dengan baik agar penggunaan media cetak dan bukan cetak tersebut akan dimanfaat oleh semua guru dan murid sekolah.

Pusat Kegiatan Guru Kalumpang telah mengadakan Bengkel Khidmat Bantu PSS pada 13-14 julai 2010 bertempat di SK Lembah Beringin, Kerling, Hulu Selangor. Bengkel ini diadakan untuk memberikan pendedahan kepada guru-guru mengenai tatacara menguruskan program khidmat bantu. Seramai 11 orang Guru Perpustakaan dan Media dari sekolah ahli dan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kalumpang terlibat dalam bengkel ini. Aktiviti bengkel ini meliputi pengurusan kemudahan fizikal, pengurusan dan pengelolaan data, maklumat, dokumentasi dan program, pengurusan koleksi bahan serta aktivit-aktiviti promosi. Adalah diharapkan PSS sekolah ini akan meningkat pencapaiannya dalam iQ-PSS dan i-NILAM.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a comment