Bengkel Penerbitan Bahan Digital LINUS

NKRA dalam bidang pendidikan disenaraikan dalam keutamaan yang ketiga. Salah satu programnya adalah LINUS. Program LINUS adalah salahsatu perkara yang dipandang serius kerana didapati ramai murid-murid tahun 1 yang masih tidak menguasai asas membaca, menulis dan mengira. Atas dasar itulah program LINUS telah dibentuk bagi tujuan mengatasi masalah ini.Program LINUS ini terbahagi kepada dua aspek utama iaitu LITERASI dan NUMERASILITERASI: Bahagian ini memberi penekanan dalam aspek bahasa yang perlu dikuasai oleh murid tahun. Keutamaan adalah dalam aspek membaca dan menulis.

Objektif pengajaran:  Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dalam bahasa Malaysia, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

NUMERASI: Bahagian ini memberi penekanan kepada Matematik yang perlu dikuasai oleh murid tahun. Keutamaan adalah dalam aspek mengira.

Objektif pengajaran: Keupayaan untuk melakukan operasi asas Matematik dan memahami idea Matematik serta mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran Matematik dalam kehidupan harian.

Menyedari akan kepentingan program ini, maka dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG ini yang diadakan pada 21 mac 2010, telah memutuskan bahawa PKG perlu mengadakan bengkel bagi menghasilkan bahan bantu mengajar khusus untuk P&P LINUS di sekolah-sekolah ahli. Sehubungan dengan itu PKG ini telah menganjurkan bengkel berkenaan untuk fasa 1 pada 28.6.2010 untuk LINUS Bahasa Malaysia dan 30.6.2010 untuk LINUS Matematik. Seramai 10 orang guru setiap kumpulan hadir dalam bengkel berkenaan.

Kumpulan LINUS Bahasa Malaysia menghasilkan bahan powerpoint P&P untuk Kemahiran 6,7 dan 8. Sementara Kumpulan LINUS Matematik pula menghasilkan bahan powerpoint untuk tajuk, Mengenali Nombor, Wang, Waktu dan Addition. Apabila selesai pembinaan nanti, bahan-bahan berkenaan akan diedarkan ke semua sekolah ahli. Perbincangan sedang dijalankan dengan pihak PPD Hulu Selangor supaya bahan-bahan berkenaan dapat diedarkan juga ke semua sekolah di daerah ini.

Ahli bengkel akan bertemu semula untuk tujuan pemurnian dan penilaian pada 26-27 Julai 2010 sebelum dimuktamadkan dan diedarkan untuk penggunaan di sekolah-sekolah.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s