Archive

Archive for January, 2017

Majlis Persaraan Ketua PKG Kalumpang En Mohd Sujang Bin Ahmad Zaini

January 4, 2017 Leave a comment
Pada 23 November 2016, satu majlis khas telah diadakan sempena persaraan Ketua Pusat Kegiatan Guru Kalumpang, Encik Sujang Bin Ahmad Zaini. Beliau mula lapor diri di PKG Kalumpang  pada 2 Februari 2010. Sepanjang perkhidmatan beliau di PKG Kalumpang, pelbagai perubahan yang dilakukan dan yang jelas ialah menaiktaraf sistem pengurusan PKG Kalumpang kearah yang lebih baik. Beliau sangat komited di dalam menjalankan tugas beliau sebagai ketua PKG.
Majlis persaraan beliau turut dihadiri oleh Guru Besar, Pengetua dan guru-guru dari sekolah-sekolah yang berhampiran serta pegawai-pegawai dari BTPN Selangor dan PPD Hulu Selangor. Persaraan beliau sememangnya dirasai oleh seluruh  warga BTPN Selangor dan PKG Selangor. Majlis berjalan dengan lancar walau dalam hiba serta linangan air mata. Walau apa pun jua hala tuju dan perancangan beliau selepas ini, kami mendoakan semoga beliau menjalani kehidupan yang bahagia semasa persaraan. Encik Mohd Sujang bin Ahmad Zaini, selamat bersara. Budimu disanjung, jasamu dikenang.
Advertisements
Categories: Uncategorized