Profil

MATLAMAT

PKG ditubuhkan dengan satu matlamat untuk meningkatkan kualiti pendidikan sekolah-sekolah setempat melalui taraf profesionalisme guru-guru berdasarkan kepada penghayatan Falsafah Pendidikan Negara. PKG akan merealisasikan potensi dan individualiti guru sehingga dapat melaksanakan amanah dengan baik dalam setiap peringkat dan bidang kehidupan bagi menghadapi cabaran Wawasan 2020 selaras dengan pembangunan negara kita.

VISI

Menerajui transformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan

MISI

Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan

OBJEKTIF

Dengan wujudnya PKG melalui program dan aktiviti yang sistematis diharap akan dapat:
1. Meningkatkan kualiti pendidikan, hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang.
2. Menjalankan aktiviti penyelidikan untuk mengesan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Mengesan serta menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh guru secara usahasama.
4. Memupuk ikhtiar dan minat guru ke arah mempertingkatkan kualiti profesionalisme mereka.
5. Membina dan memperkukuhkan daya juang, daya tahan dan daya saing di kalangan guru
6. Mempertingkatkan ketrampilan guru-guru melalui program-program latihan dalamperkhidmatan sejajar dengan perkembangan kurikulum.
7. Menyebarkan maklumat, pengetahuan dan inovasi pendidikan
8. Merapatkan hubungan antara sekolah-sekolah dalam aspek keperluan perkhidmatan dan pendidikan.
9. Menyediakan kemudahan untuk guru menjalankan aktiviti sosial yang membina.
10. Mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat.
11. Mengeratkan hubungan dengan masyarakat korporat supaya pelajar-pelajar dapat peluang memahami aspek perdagangan dan perindustrian dan kaitannya dengan kehidupan masyarakat.

MOTO

PKG: Peneraju Kebitaraan Guru

Kebitaraan: Tiada tandingannya. Mempunyai nilai-nilai intergriti, profesional, kreatif dan inovatif, semangat berpasukan, beroriantasikan pelanggan, serta perihatin kepada kebajikan anggota.

PIAGAM PELANGGAN

Pusat Kegiatan Guru berjanji akan:
1. Memberi layanan yang mesra kepada pelaggan yang memerlukan perkhidmatan.
2. Memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar kepada semua guru sekolah ahli apabila diperlukan.
3. Memberi peluang kepada seberapa ramai yang mungkin guru sekolah ahli menyertai sebarang aktiviti anjuran PKG.
4. Memastikan individu guru berkhidmat dan melaksanakan P&P dangan berkesan cemerlang dinamik, harmonis dan produktif.
5 Berkeupayaan untuk memberi perkhidmatan bimbingan terhadap sekolah -sekolah dalam merealisasikan PSS merentas kurikulum.

FUNGSI UTAMA

1. Memantau dan menilai keperluan dasar  teknologi pendidikan
2. Memberi khidmat sokongan ict untuk pengajaran dan pembelajaran
3. Memantau dan memberi khidmat sokongan pelaksanaan pembestarian sekolah mengikut kelompok
4. Membantu penyediaan, penerbitan dan menilai keberkesanan bahan pengajaran dan pembelajaran  dalam pelbagai media
5. Memantau dan memberi khidmat sokongan program literasi maklumat dan teknologi pendidikan serta pembangunan pusat sumber sekolah
6. Menyebar dan membudaya penggunaan bahan sokongan pengurusan pendidikan serta  pengajaran dan pembelajaran yang diterbitkan melalui pelbagai media
7.  Memantau dan  menilai penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran
8.  Membantu khidmat kepakaran dan nasihat bagi mempertingkatkan inovasi dan kreativiti  teknologi pendidikan di sekolah

KONSEP

1. Konsep institusi pendidikan
2. Konsep budaya perkongsian
3. Konsep pendemokrasian pendidikan
4. Konsep rangkaian dalam pusat sumber

PERANAN

1. Sebagai pusat kegiatan ikhtisas dan pembelajaran profesional
2. Sebagai pusat sumber
3. Sebagai pusat kegiatan sosial/komuniti
4. Sebagai agen perubahan
5. Sebagai agen penyelesaian masalah
6. Sebagai pemangkin kecemerlangan guru
7. Sebagai B-Inkubator ( showcase inisiatif ICT )

UNIT-UNIT DI PKG

1. Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan
2. Unit Perkhidmatan Teknologi Pendidikan
3. Unit Perkhidmatan ICT
4. Unit Pentadbiran dan Pengurusan Kewangan

Bidang Pemantauan PKG

1. Pengurusan PSS
2. Pengurusan Program Bacaan (NILAM)
3. Pelaksanaan Pembestarian Sekolah
4. Pengurusan Makmal Pengkomputeran Sekolah, SchoolNet dan Pusat Akses Sekolah
5. Pelaksanaan Intergrasi dan Galakguna Teknologi Pendidikan Dalam P&P
6. Pelaksanaan inisiatif ICT di sekolah
7. Projek inovasi sekolah
8. Selenggaraan peralatan ICT sekolah


PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN

1. Bengkel Pengurusan PSS
2. Bengkel Pengurusan Teknologi Pendidikan
3. Bengkel ICT
4. Program Galakguna
5. Lawatan Kerja Penanda Aras
6. Aktiviti Patriotik, Sosial dan Kebajikan
7. Kursus-Kursus lain atas permintaan pengguna
8. Khidmat bantu ICT, PSS, Teknologi Pendidikan

SEJARAH

Sedia maklum bahawa prasarana pendidikan di kawasan luar bandar tidak begitu memungkinkan untuk bersaing dengan kelengkapan yang terdapat di sekolah-sekolah dalam bandar. Ketidakseimbangan prasarana ini juga telah mewujudkan ketidakseimbangan dari aspek pencapain serta kualiti pembelajaran dan pengajaran pelajar-pelajar luar bandar dengan palajar-pelajar dalam bandar.

Perubahan-perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan negara memerlukan setiap guru sentiasa peka dan bersiap sedia menghadapi cabaran dan tuntutan baru khususnya inovasi dan penyerapan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini berlaku bagi menjamin supaya kualiti pendidikan negara berada pada tahap yang terkini, cemerlang dan bertaraf dunia.

PKG ditubuhkan bagi mengurangkan ketidakseimbangan ini serta membantu guru menghadapi pelbagai tuntutan dan cabaran dari semasa ke semasa di samping serta meningkatkan profesionalisme keguruan. PKG wujud dengan teras konsep guna serta kongsi sama melalui rangkuman beberapa rangkaian pendidikan dipelbagai peringkat. Melalui persekitaran berkenaan bukan sahaja prasarana pendidikan dikongsi sama malah meliputi hal-hal profesional seperti idea, inovasi, kepakaran, pengalaman dan sebagainya.

Dari segi sejarah, penubuhan PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan (PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981 PST diubah nama kepada Pusat Media Daerah (PMD), iaitu selaras dengan konsep dan rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) di Kedah, Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Pada Tahun 1986 nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD). Setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah. Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar dan dalam bandar dengan menyediakan perkhidmatan penjaman alatan dan membina bahan pengajaran dan pembelajaran kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD sebagai agen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi pendidikan ( teknopen).

Seterusnya pada tahun 1990 nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG). Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina dan 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan sekolah. Nama PKG dianggap sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah bagi mengelak kekeliruan pada istilah ‘Daerah’, memberi gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut. Pada tahun 1995 PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam sebagai pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai.

PKG terletak di bawah amanah dan tanggungjawab BTPN dan BTP. Pengurusannya dikendalikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG. BTP, selaku ketua aktiviti menyalurkan peruntukan tahunan PKG melalui BTPN iaitu Pusat Tanggungjawab (PTJ). Kecemerlangan pengoperasian PKG memerlukan komitmen yang tinggi daripada Jawatankuasa Kerja dengan konsep kerja berpasukan dan rasa kesepunyaan terhadap PKG.

Dari semasa ke semasa perkembangan demi pekembangan telah melanda dunia pendidikan. Keperluan profesional guru turut berubah dan meningkat. Keadaan ini telah menuntut Pusat Media mengubah fungsinya. Pada Tahun 1990 pusat berkenaan telah bertukar nama kepada Pusat Kegiatan Guru dengan membawa fungsi dan konsep yang lebih luas mencakupi keperluan profesionalisma guru.

PKG Kalumpang terletak di kawasan SK Kalumpang 44100 Kerling Hulu Selangor. Jarak PKG Kalumpang dari BTPN Selangor Shah Alam ialah kira-kira 95 km dan juga 95 km dari BTP Kuala Lumpur. Bandar terdekat ialah Tanjong Malim iaitu kira-kira 8 km.

Pada peringkat awal penubuhan, PKG ini menumpang di 2 buah bilik darjah SK Kalumpang. Pada tahun 1990 sebuah bangunan sendiri telah didirikan di kawasan sekolah berkenaan. Dengan bangunan PKG sendiri yang lebih besar dan selesa, serta dilengkapi dengan berbagai perabot, bahan dan peralatan maka PKG ini telah dapat melaksanakan operasinya dengan lebih lancar dan berkesan.

PKG Kalumpang kini dianggotai oleh 11 buah sekolah ahli, iaitu 1 sekolah menengah, 4 sekolah kebangsaan, 4 sekolah rendah Tamil dan 2 sekolah rendah Cina. Staf PKG pula terdiri dari seorang Ketua PKG (PTP PKG DGA32), Penolong Ketua PKG (PTP PKG DGA29), seorang Pembantu Tadbir (N17) dan seorang Juruteknik Komputer (FT17)

HASRAT

1.  Menjadikan PKG sebagai pusat kecemerlangan pendidikan setempat
2. Menghasilkan warga pendidik yang kompeten, kreatif dan inovatif
3. Membangunkan lebih banyak PSS, Makmal Kumputer dan Pusat Akses Cemerlang
4. Mendapatkan pengiktirafan ISO 9002
5. Perkongsian / Kolaborasi pintar peringkat antarabangsa
6. Penghasilan produk pendidikan berinovatif
7. Memperbaikai ketidaksemimbangan pencapaian akademik di setiap peringkat
8. Memperolehi hasil dari penerokaan potensi, inovasi dan kreativiti pendidikan
9. Menyelesaikan lebih banyak masalah kemanusiaan, kemahiran dan prasarana pendidikan
10. Menjalankan lebih banyk aktiviti sosial yang konstruktif dan positif dalam kalangan warga pendidik.

PROJEK KHAS: GENGNAM STAF (Super ICT Task Force)

1. Dianggotai oleh 6 orang juruteiknik komputer PKG dan sekolah
2. Membantu sekolah ahli melaksanakan inisiatif ICT yang telah ditetapkan
3. Membantu warga sekolah menggunakan prasarana ICT yang ada secara aktivit dan berkesan
4. Membantu sekolah menjalankan aktiviti ICT secara berkala/berterusan
5. Membantu AJK ICT sekolah untuk bergerak aktif
6. Membantu memastkan peralatan dan bahan ICT / Teknologi Pendidikan, siap sedia untuk digunakan
7. Membantu aktiviti promosi dan galakguna ICT
8. Membantu meningkatkan kompetensi guru dalam bidang ICT
9. Membantu hal-hal pengurusan peralatan dan bahan, data dan maklumat ICT
10. Melaksanakan program Khidmat Bantu ICT / PSS / Teknologi Pendidikan