Mesyuarat JK Pemuafakatan Aktiviti PKG Daerah Hulu Selangor Bil 1/2015
PKG Daaerah Hulu Selangor telah menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan PKG Daerah Hulu Selangor bil 1/2014. Ia telah diadakan pada 16.3.2015 bertempat di Pusat latihan PPD Hulu Selangor Kuala Kubu Bharu. Seramai 68 orang Pengetua dan Guru Besar dari semua sekolah di daerah ini telah menghadiri mesyuarat berkenaan.
Tuan Zainal Abidin bin Mohd Yusuf, PPD Hulu Selangor telah sudi hadir serta merasmikan mesyuarat kali ini. Dalam ucapan perasmiannya beliau menyentuh serba sedikit peranan yang perlu dimainkan oleh Pengetua/Guru Besar dalam menjayakan program dan inisiatif ICT, PSS serta Program NILAM sekolah.
Pn Nik Asma bt Nik Ahmad, KPP BTPN Selangor yang turut hadir telah menerangkan program dan aktiviti yang akan dijalankan oleh BTPN Selangor. Beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua Pengetua dan Guru Besar atas komitmen yg diberikan dalam menjayakan progam-program anjuran BTPN dan PKG.