Archive

Archive for November 24, 2014

Khidmat Bantu MBMMBI

November 24, 2014 Leave a comment

MBMMBI Kompail
Berdasarkan kepada surat KP(BS) 8591/Jld.XV111 (6) bertarikh 28 Julai 2003: SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 6/2003: DASAR PENGGUNAAN MEDIA DAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN, merupakan surat punca kuasa kepada penguatkuasaan penggunan bahan dan peralatan dalam proses PdP guru. Ini bermaksud setiap guru wajib menggunakan bahan dan peralatan media dalam melaksanakan proses PdP mereka.

Satu lagi surat punca kuasa dalam perkara ini khusus kepada pelaksanaan MBMMBI di sekolah ialah Memo Antara Bahagian No Ruj: KP. BAD (AUDIT) 89 (5) bertarikh: 24 Julai 2014. Antara kandungan memo tersebut ialah bahawa pihak Bahagian Audin Dalam KPM akan menjalankan pengauditan prestasi terhadap pengurusan dan perisian serta latihan MBMMBI.

Berdasarkan pekeliling dan memo berkenaan maka PKG Kalumpang melalui program ini, telah mengadakan beberapa sesi pemantauan dan khidmat bantu MBMMBI ke semua sekolah ahli.

Khidmat bantu yang diberikan:

1. Pengurusan bahan dan peralatan
2. Pengurusan latihan dalaman
3. Pengurusan promosi dan galakguna
4. Pengurusan rekod-rekod, fail, dokumentasi dan pelaporan
5. Pendedahan dan latihan penggunaan bahan
6. Pengajaran mikro
7. Soalselidik penggunaan

Categories: Uncategorized

BENGKEL PELAKSANAAN MODUL KEDATANGAN MURID DALAM SPS

November 24, 2014 Leave a comment

SPS1
PKG Kalumpang telah mengadakan bengkel berkenaan pada 25 September 2014. Ia dikendalikan oleh En Roslan bin Maydin, Pegawai Teknologi Pendidikan  PKG Kuala Kubu Bharu. Beliau merupakan JU SPS peringkat daerah dan Negeri Selangor. Seramai 11 orang GPB sekolah-sekolah ahli PKG ini telah menghadiri bengkel ini.

Di dalam bengkel tersebut, para peserta dibimbing bagaimana menyelenggara serta mengemaskini data modul 1 hingga modul 6 SPS, tatacara menggunakan aplikasi SPS Lite dan memperlengkapkan mereka dengan kemahiran menyampaikan kemahiran menggunakan aplikasi kepada guru-guru kelas di sekolah masing-masing. Beberapa isu dalam modul berkenaan telah ditimbulkan antaranya, data murid data guru yang tidak mengikut data semasa, guru tidak boleh log in dan sebgainya.

Categories: Uncategorized