Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti PKG Bil 2/2014
PKG Kalumpang telah mengadakan Mesyuarat JKPA Bil 2/2014 pada 15 Ogos 2014 jam 3.00 petang. Ia diadakan di Bilik Mesyuarat PKG Kalumpang. Semua Pengetua dan Guru Besar atau wakil sekolah-sekolah ahli PKG Kalumpang telah menghadiri mesyuarat berkenaan. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah En Ahmad Zaharudin Amin dari Unit Maklumat PPD Hulu Selangor sebagai wakil Tuan PPD Hulu Selangor.
Mesyuarat di Pengerusikan oleh Pn Lan Rasni bt Talib (Pengetua SMK Kalumpang). Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebuat ialah:
1. Laporan Aktiviti PKG
2. Pengurusan dan pentadbiran PKG
3. Status pencapaian Frog VLE, SSQS, SPS, 1BestariNet, IQ-PSS, I-NILAM
4. Perancangan aktiviti Ogos-DIsember 2014
Satu jamuan sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri juga telah diadakan sebaik saja tamat mesyuarat