Home > Uncategorized > Gerak Gempur Frog VLE

Gerak Gempur Frog VLE

GG1Walaupun kaedah pembelajaran menggunakan Frog VLE telah didedahkan kepada hampir semua guru sejak awal 2012, namun penggunaannya masih tidak memberangsangkan serta tidak mencapai KPI KPM yang telah ditetapkan. KPI yang perlu dicapai ialah 100% guru, murid dan ibubapa telah log in dalam portal Frog VLE sementara sekurang-kurangnya 30% murid menggunakan Frog VLE minimum 30 minit seminggu.

Bagi mencapai KPI berkenaan, KPM telah menganjurkan Program Gerak Gempur Frog VLE di semua sekolah seluruh negara. Dalam program ini, guru, murid dan ibu bapa digalakkan untuk meneroka kandungan serta menggunakan pelbagai aplikasi di dalam Frog VLE dalam proses PdP mereka. Penggunaan pentas Frog VLE oleh mereka yang terlibat boleh dipantau melalui dashboard pemantauan oleh pegawai-pegawai tertentu diperingkat pengurusan. Pegawai-pegawai dari BTP, JPN, BTPN, PPD dan PKG datang ke sekolah-sekolah untuk membuat khidmat bantu kepada warga sekolah dalam memastikan penggunaan Frog VLE ini dapat ditingkatkan. Selain itu, aktiviti-aktiviti seperti taklimat, bimbingan, promosi dan galakguna juga diadakan. Program ini akan berterusan hingga penggunaan Frog VLE ini benar-benar telah menjadi amalan oleh warga sekolah.

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s