Home > Uncategorized > Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan SPS

Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan SPS

SPSSatu mesyuarat penyelarasan pengisian data SPS telah diadakan pada 19 Mac 2014 yang bertujuan antara lain bagi memastikan semua sekolah telah menyelesaikan 6 modul yang berkaitan. Ia dihadiri oleh semua Admin 1 SPS sekolah-sekolah ahli PKG Kalumpang yang rata-ratanya terdiri dari GPB/GICT. Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua PKG Kalumpang.

Dalam mesyuarat tersebut semua Admin diminta melaporkan status terkini pengisian data dalam semua modul dan sub-modul berkenaan serta memaklumkan masalah dan ralat yang ditemui semasa pengisian modul-modul tersebut. Senarai masalah dan ralat yang dikumpulkan akan diajukan kepada pihak-pihak yang berkaitan untuk tindakan lanjut bagi memastikan ia dapat mengatasi pengisian data sekolah-sekolah berkenaan.

 Diakhir mesyuarat, semua peserta telah memahami tatacara pengisian data dan perlu mengambil tindakan lanjut untuk menyiapkan semua data yang masih belum lengkap menjelang tarikh tutup pada 25 Mac 2014. Bagi pihak PKG pula, ia merupakan satu strategi bagi memastikan semua sekolah ahli menyelesaikan pengisian data dalam modul-modul SPS yang berkenaan.

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s