Home > Uncategorized > BENGKEL PEMBINAAN LAMAN PEMBELAJARAN FROG VLE UNTUK GPB

BENGKEL PEMBINAAN LAMAN PEMBELAJARAN FROG VLE UNTUK GPB

VLE
PKG Kalumpang telah mengadakan beberapa siri pendedahan, latihan dan bengkel bagi membantu warga sekolah melaksanakan program Frog VLE untuk kumpulan sasar iaitu guru, pelajar dan ibu bapa. Ia juga bagi memenuhi hasrat KPM untuk meningkatkan bilangan laman dan kandungan pembelajaran yang dibangunkan dan dimuat naik ke VLE mencapai bilangan sebanyak 10,000 laman. Di samping itu juga adalah diharapkan peratus murid yang mengaktifkan ID menggunakan Frog VLE mencapai sekurang-kurangnya 30 minit setiap minggu.

Antara pendedahan yang telah dibuat ialah Bengkel Penghasilan Laman Pembelajaran Frog VLE Untuk GPB yang diadakan pada 16 – 17 April 2014 dan diadakan di PKG Kalumpang. Ia dihadiri oleh 11 GPB sekolah-sekolah ahli PKG Kalumpang. Sebanyak 14 laman pembelajaran telah berjaya dihasilkan meliputi beberapa matapelajaran. En Mohd Sujang Ahmad Zaini, Ketua PKG Kalumpang dan Cikgu Khairil Azam bin Yahya, GPB SK Lembah Beringin telah bertindak sebagai fasilitator bengkel.

vle1

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s