Home > Uncategorized > Selamat Tahun Baharu 2014

Selamat Tahun Baharu 2014

Tahun 2013 merupakan tahun yang agak mencabar dalam kalendar / takwim aktiviti PKG. Beberapa peranan baharu telah disisipkan dan dilaksanakan bagi memastikan kelancaran amanah dan tanggungjawab BTP dan BTPN yang wajib responsif kepada dasar-dasar baharu KPM. Ianya merupakan aktiviti tambahan kepada SKT PKG sedia ada. Sungguhpun begitu secara keseluruhannya, semua tugasan yang telah diamanahkan, telah dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama jitu semua pihak yang terlibat khususnya pegawai dan staf PKG, BTPN, JPN, PPD dan sekolah-sekolah ahli. Tidak juga dilupakan peranan besar yang dimainkan oleh para Pentadbir, GPM, GPB dan JTK sekolah kelompok PKG Kalumpang dalam membantu melicinkan pelaksanaan program dan aktiviti yang telah dirancang dengan berkesan.

Dari aspek pencapaian KPI secara keseluruhannya telah dapat dipenuhi malah ada yang melebehi sasaran terutamanya pencapaian SSQS, IQ-PSS dan I-NILAM. Melalui pelbagai strategi khususnya pelaksanaan program khidmat bantu, bimbingan dan nasihat, program outreach, maka KPI yang disasarkan telah dapat dicapai. Adalah diharapkan ia akan dapat dijelmakan melalui outcome prestasi cemerlang pencapaian akademik peperiksaan awam sekolah-sekolah ahli dan kemenjadian guru serta juga para pelajarnya.

Kami membayangkan apa yang akan berlaku pada tahun 2014, adalah sesuatu yang amat-amat mencabar. Pelaksanaan sepenuhnya Anjakan 7 dalam PPPM 2013-2015 seperti SPS, SSQS, STS, VLE, Projek Makmal Mudah Alih Chromebook, Thin Client VDI, HP Multiseat merupakan antara cabaran yang menuntut komitmen yang tinggi dari semua. Projek dan program lain seperti MBMMBI, EduwebTV, Video e-Guru, NILAM, literasi maklumat, Kampus ASTRO, pembangunan “Learning Objects”, latihan kemahiran teknologi pendidikan untuk guru, kajian, pemantauan, khidmat bantu dan lain-lain lagi, perlu diteruskan pelaksanaannya seperti biasa. Pembudayaan penggunaan teknologi dalam PdP guru abad ke 21 perlu dipertingkatkan bagi merialisasikan penghasilan guru yang kreatif dan inovatif serta pelajar yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi (High Oder Thinking Skills – HOTS) dan juga yang boleh berdaya saing diperingkat antarabangsa. Bagi tujuan ini, ianya akan dinyatakan dengan jelas serta berfokus dalam Perancangan Strategik PKG 2014.

Semoga PKG Kalumpang akan terus unggul sebagai sebuah agensi pendidikan yang berwibawa, kekal relevan dan sentiasa ada dalam hati serta minda semua guru.

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s