Home > Uncategorized > Mesyuarat Pengurusan ICT

Mesyuarat Pengurusan ICT

Miting gPB

Bagi membantu GPB dalam melancarkan pengurusan ICT di peringkat sekolah, PKG daerah Hulu Selangor telah mengadakan Mesyuarat GPB Sekolah-sekolah Daerah Hulu Selangor pada 1.3.2013 bertempat di PKG Kalumpang. Ia dihadiri oleh semua GPB dan Ketua PKG Daerah Hulu Selangor. Dalam mesyuarat berkenaan GPB telah didedahkan dengan input-input baru dalam tatacara pengurusan dan selenggaraan peralatan ICT sekolah, peranan dan tanggungjawab GPB,  dan pelaksanaan inisiatif ICT sekolah. Mesyuarat telah dikendalikan oleh En. Mohd Sujang Ahmad Zaini,  Ketua PKG Kalumpang. Turut hadir ialah Puan Nur Syariza bt Zainal Abidin PTP BTPN Selangor memberi taklimat mengenai 1BestariNet, VLE dan SPS.

Dalam mesyuarat ini juga telah dibentuk sebuah Jawatankuasa Majlis Pemaufakatan GPB daerah. Cikgu Saemah bt Mat Sahir, GPB dari SMK Ampang Pecah telah sebualat suara dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa berkenaan. Beliau dibantu oleh 8 orang AJK majlis. AJK majlis GPB ini akan merancang beberapa aktiviti bagi memastikan kebajikan dan agenda profesional GPB daerah ini khususnya dapat diperjuangkan.

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s