Home > Uncategorized > Selenggaraan Peralatan ICT Sekolah

Selenggaraan Peralatan ICT Sekolah

September 23, 2010

Pada ketika ini vendor yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi kerja-kerja selenggaraan peralatan ICT sekolah sedang menyambung semula kerja-kerja selenggaraan berkenaan. Bagi tujuan ini pihak sekolah adalah disarankan untuk merekodkan semua jenis kerosakan peralatan ICT secara online melalui  http://sts.mo.edu.my juga dengan mengisi borang KEW PA 9.

Kerjasama pihak sekolah juga adalah dipohon untuk memastikan semua prosedur kewangan yang berkaitan dengan perkara berkenaan hendaklah dipatuhi sepenuhnya. Ini kerana pelaksanaan kerja kali ini hampir kesemuanya adalah di bawah tanggungjawab pihak sekolah seperti pengesahan kerosakan dan menandatangai semua dokumen-dokumen yang berkaitan.

Pegawai-pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan KPM dan rakangkaian akan datang ke sekolah tuan bagi membuat odit dalaman.

Pihak sekolah juga dinasihatkan untuk TIDAK MENERIMA tawaran penggantian peralatan baru walaupun jika pihak vendor berkenaan gagal untuk mengganti mana-mana komponen peralatan yang rosak.

Sebarang masalah dan kemusykilan tentang perkara ini, pihak sekolah bolehlah menghubungi mana-mana PKG yang berhampiran untuk khidmat bantu dan nasihat.

Categories: Uncategorized