Home > Uncategorized > Kampus ASTRO

Kampus ASTRO

August 9, 2010

Pihak Astro telah memaklumkan mengenai penambahan satu saluran Astro iaitu Astro Arena Saluran 801 ke sekolah-sekolah kerajaan yang dibekalkan melalui program Kampus Astro. Saluran ini memaparkan program sukan dan liputan berita sukan tempatan. Kini Kampus Astro mempunyai 14 saluran untuk ditonton oleh warga sekolah dan diharapkan ia akan dapat membantu memperkayakan lagi aktiviti P&P di dalam bilik darjah. Kampus Astro juga menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk merakam dan memainkan semula bahan rakaman program-program yang disediakan. Jika anda mempunyai sebarang masaalah untuk membuat rakaman sila hubungi PKG berhampiran anda.

Surat siaran bagi perkara ini boleh dimuat turun di sini:  Tambah Saluran Kampus Astro

Guru dan pelajar adalah sangat digalakkan untuk menggunakan kemudahan yang disediakan bagi membantu melengkapkan proses P&P masing-masing.

Categories: Uncategorized