Home > Uncategorized > Bahan Digital P&P LINUS

Bahan Digital P&P LINUS

August 12, 2010

Bagi menambah lagi koleksi bahan P&P LINUS, PKG Kalumpang  telah menerbitkan bahan pengajaran LINUS Bahasa Malaysia dan Matematik Tahun 1. Koleksi karya ini adalah usaha bersepadu antara PKG ini dengan Unit Bahasa PPD Hulu Selangor dan Guru-Guru Bahasa Melayu dan Matematik terpilih dari sekolah-sekolah rendah daerah Hulu Selangor. Adalah diharapkan bahan-bahan ini dapat digunakan oleh guru dalam membantu mempercepatkan pencapaian objektif P&P LINUS bukan saja sekolah-sekolah daerah ini malah sekolah-sekolah seluruh negara.

Bahan-bahan berkenaan boleh dimuat turun dari portal ini. Ia adalah terhad untuk penggunaan P&P sahaja.  PC anda pula perlu ada aplikasi PDF untuk melaksanakan bahan-bahan berkenaan.

Categories: Uncategorized
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: