SSQS 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Perkhidmatan ICT, BTPN Selangor telah memuat naik beberapa keperluan persediaan menghadapi penilaian SSQS yang dijangka akan dijalankan pada Jun/Julai akan datang. Kami amat menghargai sekiranya GPB / GICT mengambil inisiatif untuk masuk ke pautan berikut seterusnya mengambil tindakan awal bagi memastikan pengisiannya nanti akan berjalan lancar:
http://btpnsel.edu.my/main/2012/04/perancangan-ssqs-2012-sekolah-selangor/
Pengisian IQ-PSS & I-NILAM

GPM sekolah ahli adalah diminta untuk mula mengisi instrumen penilaian atas talian IQ-PSS dan I-NILAM 2012 melalui URL http://btp.tarantula.my . Sebarang masalah yang timbul dalam waktu mengisi instrumen tersebut, GPM boleh menghubungi terus ke meja bantuan sistem: 03-2098 7843 / 017-224 8731 / 016-247 3716 / support@tarantula.my atau segera menghubungi PKG ini.
Bengkel EduwebTV

Guru dan pelajar amat sangat digalakkan untuk menggunakan EduwebTV di dalam proses P&P masing-masing. Bagi tujuan ini, PKG Kalumpang telah mengadakan sesi pendedahan penggunaan EduwebTV kepada Guru Ketua Panitia Bahasa Malaysia sekolah rendah. Ia telah diadakan 26.4.2012 bertempat di Makmal Komputer SK Kalumpang. Kursus ini dikendalikan oleh En. Mohd Sujang Ahmad Zaini, Ketua PKG Kalumpang. Adalah diharapkan EduwebTV akan menjadi salah satu pilihan utama bagi guru dan pelajar membuat rujukan, sebagai bahan P&P, berinteraksi, mendapatkan koleksi bahan dsb.
Mesyuarat GPM & Taklimat i-NILAM

Satu mesyuarat dengan GPM sekolah-sekolah ahli PKG Kalumpang telah diadakan pada 24.4.2012 bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Kalumpang. Semua GPM yang dijemput telah menghadiri mesyuarat berkenaan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Mohd Sujang Ahmad Zaini, Ketua PKG Kalumpang.
Selepas mesyuarat, satu taklimat mengenai tatacara pengisian I-NILAM telah dijalankan. Taklimat telah dibuat oleh Pn Khairul Faridah Hasan, Ketua PKG Sungai Choh. Turut sama hadir ialah En Khairani dan En Izuan dari PKG Sungai Choh, Pn Semariati dan En Roslan dari PKG Kuala Kubu Bharu.
Adalah diharapkan melalui mesyuarat kali ini, PKG akan mendapat kerjasama yang baik dari pihak sekolah khususnya dalam menjayakan segala program yang telah dirangka dalam SKT tahunan PKG ini. Antaranya adalah seperti pemantauan, khimdmat bantu, mesyuarat, kursus dan bengkel dan juga aktiviti sosial dan kebajikan. PKG juga berharap guru-guru ini akan menjadi agen pengantara antara pihak PKG dengan sekolah dalam melaksanakan dasar-dasar KPM dan maklumat-malumat dari JPN dan PPD.
Bengkel e-Bahan

Bagi memperkasakan lagi kompetensi guru dalam menggunakan bahan dalam aktiviti P&P mereka, PKG Kalumpang telah menganjurkan Bengkel Penggunaan e-Bahan Dalam P&P kepada guru-guru MBM sekolah rendah. Bengkel telah dijalankan pada 17 April 2012 di PKG Kalumpang. Seramai 10 orang guru telah menghadiri bengkel berkenaan. Bengkel berkenaan telah dipimpin oleh En. Mohd Sujang Ahmad Zaini, Ketua PKG Kalumpang.
Dalam bengkel tersebut, peserta telah didedahkan dengan kaedah penggunaan CDRI dalam P&P khususnya pengajaran Bahasa Melayu dalam projek MBMMBI. Mereka juga diajar bagaimana menggunakan bahan dari internet dalam P&P. Di akhir bengkel para peserta telah menghasilkan rancangan pengajaran harian yang di dalamnya memerlukan mereka menggunakan bahan dari CDRI atau sumber yang diperolehi dari internet. Adalah diharapkan para peserta akan berkeyakinan menggunakan e-bahan dalam pengajaran mereka disamping meningkatkan kompetensi ICT mereka.
Pemantauan Hari Pertama Persekolahan 2012
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa PKG Kalumpang akan menjalankan pemantauan berkenaan ke semua sekolah di bawah zon PKG Kalumpang pada minggu pertama persekolahan. Bidang-bidang yang dipantau ialah, Pengurusan PSS, Pengurusan Pembestarian Sekolah dan Teknologi Pendidikan.
Pemantauan ini dibuat bagi memastikan semua jenis pengurusan dan perkhidmatan berkenaan telah siap sedia untuk digunakan menjelang minggu awal persekolahan bulan Januari 2012.
Antara sasaran pemantauan ini ialah Guru Perpustakaan Media, Guru Penyelaras Bestari / ICT, Guru MBMMBI Tahun 1 – 2 dan Tingkatan 1, Juruteknik Komputer Sekolah dan Ketua Panitia Matapelajaran.
Semoga mendapat kerjasama sepenuhnya dari semua pihak terlibat bagi memastikan semua jenis perkhidmatan yang ada di sekolah telah bersedia untuk sesi persekolahan 2012.
EduwebTV 2.0
EduwebTV merupakan TV Pendidikan interaktif milik KPM yang disiarkan secara atas talian. Ia diwujudkan bagi memberi variasi kepada kaedah P&P bestari dalam membekalkan pelajar dengan pelbagai maklumat di hujung jari mereka. Pelajar diajak meneroka pelbagai situasi pembelajaran di samping penyampaian ilmu dan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum dan pengetahuan am mereka.
Penampilan dan pengisian EduwebTV versi 2.0 kali ini tampak lebih menarik dari versi yang terdahulu. Ia di tambah dengan banyak koleksi video pendidikan yang bukan saja disajikan oleh penerbit malah juga koleksi video terpilih yang disumbangkan oleh pengguna. Ciri-ciri lebih interaktif juga telah ditambah sebagai nilai tambah kepada ciri-ciri mesra pengguna sedia ada.
Guru dan pelajar amat sangat digalakkan untuk menggunakan EduwebTV ini di dalam proses P&P masing-masing. Bagi tujuan ini, PKG akan mengadakan sesi pendedahan penggunaan EduwebTV kepada warga sekolah. Adalah diharapkan EduwebTV akan menjadi salah satu pilihan utama bagi guru dan pelajar membuat rujukan, sebagai bahan P&P, berinteraksi, mendapatkan koleksi bahan dsb.
Layari laman web ini melalui URL: http://eduwebtv.com/v2/home/

